Ayah ngah tertarik dengan perpaduan dan kerjasama erat penduduk Taman Kiara dalam mengusahakan pembangunan sebuah surau untuk keperluan mereka. Dengan permuafakatan mereka, sebuah surau telah berjaya dibangunkan walaupun 60 peratus binaannya terdiri dari bahan terpakai.
Setelah mendapat maklum akan keadaan ini, YAB Dato' Seri Di Raja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak telah turun padang melawat ke surau tersebut pada 12 November lalu. Kehadiran beliau mendapat sambutan penuh mesra oleh penduduk taman. Dalam lawatan ini, beliau telah menjanjikan saluran bantuan kewangan sebanyak RM50,000.00 kepada surau Taman Kiara. Tidak ketinggalan, YAB Menteri Pengangkutan Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Lumut, Dato' Seri Kong Cho Ha turut mengadakan lawatan mengejut ke Taman Kiara dengan buah tangan saluran bantuan kewangan sebanyak RM10,000.00. Dengan saluran bantuan kewangan ini, jawatan kuasa surau dapat menarik nafas lega dan semakin bersemangat untuk meneruskan perjuangan mereka menyempurnakan pembinaan surau tersebut.
Apa yang Ayah Ngah rasa terbuku hati dalam isu ini adalah di manakah Wakil Rakyat yang sepatutnya ambil berat terhadap keperluan rakyat di DUN Pasir Panjang ini ? Wakil Rakyat PAS di DUN Pasir Panjang ini nampaknya dapatlah makan gaji buta kerana ada pihak lain yang lebih prihatin dan mampu pula membantu. Slogan PAS, "Negara Berkebajikan" nampak nyata satu dusta politik jumud semata-mata sedangkan tanpa slogan sebegitu, pemimpin lain telah pun membuktikan mereka mampu menjaga kebajikan rakyat. Pemimpin MCA pun boleh prihatin dan membantu pembinaan surau sedangkan pemimpin PAS yang makan gaji ADUN langsung tidak nampak mukanya.
Bukanlah wang ringgit yang menjadi keutamaan sebaliknya kalau dapat sokongan moral sekalipun memadailah. Kalau batang hidungnya pun tak pernah nampak, apa kerja yang dibuatnya ? Nampaknya memang benar sekali orang lain makan gaji, orang lain yang buat kerja ! Tidakkah berdosa makan gaji buta ? Bukankah makan gaji buta itu tidak amanah namanya dan sama dengan memakan harta orang lain ? Bukankah Rasulullah berpesan bahawa orang yang makan dari harta orang lain itu wajib baginya neraka dan haram baginya syurga !? Bukankah tanggung jawab itu amanah dan meninggalkannya bererti khianat ?
Apakah ADUN PAS ini rasa selamat kerana dia dalam perjuangan PAS yang bagi mereka terjamin syurga? Apakah bila menyertai PAS bermakna ma'sum atau tidak berdosa walau pun tidak amanah, khianat dan sebagainya ? Selalu sangat orang PAS menuding orang UMNO seolah-olah orang UMNO tidak akan merasa syurga dan hanya merekalah sahaja yang layak ke syurga. Apakah dengan menyertai PAS seseorang itu boleh berbuat dosa sesuka hati dan kalau menyertai UMNO, berbuat baik pun dikira berdosa ?
Ayah Ngah bukanlah berniat hendak menghentam PAS atau menyanjung UMNO. Ayah ngah rasa amat malu bila orang yang mengaku berjuang atas dasar Islam menunjukkan teladan buruk yang mencalarkan imej Islam. PAS yang telah diberi peluang oleh rakyat di DUN Pasir Panjang sepatutnya mengambil kesempatan menunjukkan teladan yang baik sebagai imej PAS yang mengaku berjuang atas dasar Islam. Sebaliknya, ADUN PAS Pasir Panjang ini hanya tahu tersengih-sengih dan makan gaji buta !
Sikap orang PAS sebegini harus dibaiki. Jangan hanya pandai menuding jari kepada orang lain sahaja. PAS harus sedar bahawa kejayaan PAS menawan DUN Pasir Panjang bukanlah kerana kekuatan PAS sendiri sebaliknya hanya kerana lawannya dari MIC yang menyebabkan orang Melayu membuat keputusan memilih calon Melayu. Setelah diberi peluang, ambillah kesempatan untuk menunjukkan kewibawaan pemimpin PAS. Sehingga kini, jangankan contoh baik, batang hidung pun tak nampak !
PRU 13 ni Ayah Ngah rasa nak undi calon PAS tapi oleh kerana tak nak shubhah mengundi orang khianat nampaknya Ayah Ngah tak mengundi kut kali ni !
No comments:
Post a Comment